Make your own free website on Tripod.com

Hidayah

Home Al-Mizan Al-Jawaher Hidayah

 

1. Tiada Yang Kekal (4:39 minit)

Lirik
Kecantikan paras wajahmu
Akan hilang bila sampai waktu
Dari itu jangan rasa bangga
Itu semua tak tahan lama
Melainkan Allah
Hari ini hidupku senang
Kawan saudara keliling pinggang
Bila kau susah diri terlantar
Tiada siapa untuk kau mengadu
Melainkan Allah
Ingatlah sama insan insan
Kita makhluk ciptaan Illahi
Harus selalu menginsaf diri
Sebelum tiba saat ajali
Apa juga yang kau miliki
Wang yang banyak harta melimpah
Tak mungkin dapat kau bawa mati
Tiada yang kekal di dunia ini
Melainkan Allah
.

2. Kesedaran (3:30 minit)

Lirik
Kita manusia
Makhluk yang bertuah
Harus ada rasa syukur
Kerana dikurniakan Allah
Segala kesempurnaan
Hidup di dunia
Pada insan yang malang
Serba kekurangan
Semailah rasa simpati
Usaha pula kau menghina
Hapuskanlah dari hati
Perasaan benci
Semua insan ingin hidup
Aman damai dan sempurna
Tetapi suratan dari Allah
Tiada siapa dapat menolaknya 
Berkat kesedaran beramal ibadat
Dengan jiwa suci bersih
Bekerja tekun dan gigih
Hidup kita kan selamat
Dunia dan akhirat
.

3. Habibi (3:33 minit)

Lirik

 

4. Korban Nafsu (4:49 minit)

Lirik
Sedih rasa hati
Lihat telatah keji
Segulungan insan
Yang lupa daratan
Sering alpa diri
Mabuk kasih berahi
Tunduk pada nafsu
Hilang rasa malu
Bila diri terperangkap
Pesona durjana
Luntur keimanan
Hanya dalam arus nada
Rasa penyesalan
Apalah gunanya
Hentikan segera
Perbuatan yang cela
Agar tak tersesat
Dunia dan akhirat
Sucikanlah diri
Demi Ilahi Rabbi
Pulanglah semula
Ke jalan semula.

 

 

Hakcipta Mazuki Izani El-Besuty & Arwani Ab. Halim
17 Oktober 2002